Coney Hot Dog

Coney Dog atau Coney Hot Dog ni sebenarnya bukanlah makanan pelik. Dekat A&W pun ada jual hehehe.. Ada yang panggil Chilli Hot Dog atau classic chilli hot dog. Sama je hehehe.
Perkataan Coney tu ialah dari nama sebuah pulau iaitu Coney Island, tempat asalnya hidangan sandwich ni. Macam hot dog biasa, ada sausej ditengahnya tetapi perbezaan dengan hot dog biasa ialah ada kuah cili pedas yang disiram ditengahnya. Kuah cili yang ada daging, tomato dan serbuk cili ni memang sedap digandingkan dengan hot dog. Rasanya seakan akan kuah spaghetti bolognese tetapi lebih pedas.

P8164342

Nak yang sedap, kena pilih sausej yang berkualiti tinggi dan jenis premium. Tapi kalau pakai sausej yang biasa pun boleh je kalau nak bajet apa lagi kalau untuk party mesti dapat jimat banyak kosnya kan.. Kalau nak pegi picnic atau buat party dan dah boring dengan menu sandwich, boleh la cuba buat resepi ni...

Jom try buat coney dog ni sebagai sarapan atau makan malam keluarga. Simple je!
P8164359 P8164344

Resepi Coney Hot Dog

Bahan-bahan
4 biji roti bun panjang
4 batang sosej 
½ cawan keju parmesan
2 sudu besar mustard

Bahan sos cili daging pedas
300gm daging lembu cincang
1 ulas bawang besar , dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
 2 biji tomato, dicincang
4 biji cili merah, dicincang
3 sudu besar tomato puri
1 sudu besar mustard
1 sudu kecil serbuk paprika - boleh kurangkan jika tak nak pedas
1 sudu kecil chili flakes - boleh kurangkan jika tak nak pedas
1 sudu kecil serbuk lada hitam - boleh kurangkan jika tak nak pedas
2 sudu besar minyak 
Garam secukup rasa

Cara penyediaan sos cili hot dog

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar cincang sehingga layu.

Masukkan daging cincang dan goreng seketika

Masukkan tomato puri, tomato cincang, cili merah, serbuk paprika dan chilli flakes. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Kacau sebati.

Masak sehingga kuah sebati dan pekat. Masukkan mustard, serbuk lada hitam, dan garam secukup rasa.


Cara penyediaan 

Dalam periuk, panaskan air sehingga mendidih. Masukkan hotdog dan celur sekejap. Kemudian grill didalam kuali yang diletak sedikit minyak. Boleh juga dikukus, direbus atau masak dalam microwave. Asalkan masak hehe..

Roti bun dibelah ditengah bahagian atas, sapu dengan mustard dan tabur cheese. Kemudian letak sosej ditengahnya

Sudukan sos cili daging diatas hotdog tadi. Tabur keju dan sedikit bawang besar yang dicincang. Boleh juga tabur herba daun thyme jika suka. Sedia dihidangkan.

Post a Comment

3 Comments

  1. wah eny sedap tu nampak nya
    lama tak singgah sini dah macam2 resepi menarik ni boleh kaknoor ikut heee

    ReplyDelete