Sup Tomato Bebola Daging

Dinner simple je malam ni, roti dan sup. Senang sangat nak buat sup tomato ni. Tapi kalau nak senang boleh beli yang dari tin saja. Jimat masa. Cuma kena hati-hati makanan dari dalam tin ni selalunya tinggi kandungan garam, gula dan minyak kerana tiga bahan ni umpama bahan memanjangkan jangkahayat makanan dan juga penstabil rasa makanan yang diawet.

Resepi sup tomato ni sangat simple. Menggunakan baki sup ayam, air rebusan sup tu dah cukup perisa, bawang dan rempahnya. Jadi tak perlu nak tumis dan letak bahan lain dah

P8072136ed

Sup Tomato Bebola Daging

Mesti ramai tak tahu, macam mana nak menikmati sup tomato ni. Haa cara yang saya syorkan, boleh tambah bebola daging kedalam sup. Bebola daging boleh dimasak sekejap didalam oven atau micorawave, dan kemudian boleh dimasukkan kedalam sup. Biar reneh seketika dan boleh tabur daun parsley atau herba tyme. Hidangkan dengan roti perancis, atau apa sahaja roti pun sesuai.
P8072141ed

Resepi Sup Tomato Simple

Bahan-bahan 
2 cawan air rebusan ayam atau stok ayam, saya pakai lebihan sup ayam yang ditapis
1 tin tomato dalam tin, bukan puree tomato tetapi buah tomato ang diawet didalam tin
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1/2 cawan krim masakan atau susu
Sedikit daun herba thyme , boleh juga basil atau parsley.
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit lada sulah

Cara penyediaan
Keluarkan tomato dalam tin, buang selaput kulit. Masukkan dalam pengisar, masukkan juga ssedikit dari air rebusan untuk memudahkan proses kisaran. Kisar sehingga betul-betul halus dan creamy.

Dalam periuk,campurkan tomato yang dikisar, serbuk bawang putih, dan air rebusan. Renehkan sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula serta serbuk lada sulah secukup rasa. Apabila mendidih masukkan krim dan kacau rata. Sedia dihidangkan.

Nota : Jika guna tomato segar, mungkin teksturnya agak kasar, tak sama dan kurang merahnya. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Ya Allah. dah la tengah lapar. tgok sup ni pulak. peehhh. laparnyaaa!!!

    ReplyDelete
  2. sis! :D sy baruuuuu je buat sup tomato. tp sy pakai buat tomato segar jee, letak tepung jagung sikit bagi likat. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. sesuai tak untuk menu diet ni eny?

    ReplyDelete
  4. sedapnya..adoi... lapa balik ni ha


    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete