Kek Span Neopolitan dan Cream Cheese Topping

Hai semua, 

Kek span cheese ni dah lama buat sebenarnya. Tapi saja nak share jugak. Nampak sangat dah kering idea nak update blog hehehe... 

Sebenarnya dah 2 bulan lebih tak membaking sebab busy melampau. Rindu nak membaking tu yang tengok gambar kek lepas-lepas pun jadilah hehe.. Banyak order brownies masuk, tetapi terpaksa ditolak. Rugi tu rugi lah, tapi lebih kepada kesian sebab ramai ada yang mengidam nak brownies tu adoi tak dapat nak menolong. Last last saya copy paste kat dia resepi brownies dengan harapan dia berjaya buat sendiri hehe... 

Dulu kan trending sekejap kek cheese leleh. Ni lebih kurang kek cheese leleh je, cuma saya buat 3 lapis warna neopolitan iaitu coklat, pink dan kuning. 

DSC03391ed

Kalau nak buat kek simple dengan topping ala ala rustic macam ni boleh la try.. Boleh buat untuk birthday anak-anak kan. Bahan-bahan kek ni pun simple sangat. 
DSC03375ed

DSC03432ed 


Resepi Kek Span

Bahan-bahan (untuk satu layer)
75 g tepung superfine (1 1/4 cawan)
75 g gula castor (boleh kurangkan jika tak nak manis)
3 biji telur (Gred A)
1 sudu besar ovalette
40 ml air
40 ml minyak masak
1 tsp esen vanilla
1 tsp serbuk penaik

Cara penyediaan 

Panaskan oven pada suhu 170C.

Tepung, gula dan serbuk penaik diayak terlebih dahulu didalam bekas.

Masukkan ovalette dan telur satu persatu. Pukul sehingga sebati dan gebu (lebih kurang 5 min-kelajuan tinggi).

Kemudian masukkan air dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga adunan menjadi ringan. Masukkan tepung yang diayak.

Selepas itu boleh masukkan minyak dan gaulkan mengguna spatula. (jangan pukul selepas masukkan minyak . kek akan menjadi bantat kerana udara dalam adunan hilang).

Sediakan loyang yang dialas dengan kertas pembakar kek. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar sehingga masak.

Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dihiaskan.

P/s Kalau nak buat macam gambar kat ats, Kena buat 3 biji kek dengan warna dan perisa berlainan.  Letak perisa strawberry untuk warna pink, letak 2 sudu besar serbuk koko untuk warna coklat dan yang warna kuning ialah resepi kek asal tanpa pewarna dan perisa. Potong secara melintang dan letak topping cream cheese. Susun selapis demi selapis.

Resepi Topping Cheese

Bahan-bahan 
500gm cream cheese
Susu pekat manis – sukatan ikut manis dan kepekatan yang dikehendaki
200 ml UHT whipping cream
Pewarna jika suka

Cara penyediaan 
Pukul semua sekali. Topping memang akan jadi agak cair sikit. Tapi jangan terlalu cair nanti susah nak salut kek

Susun kek, paipkan letakkan  topping cheese disetiap lapisan

Salut keseluruhan kek dengan topping cheese sehingga menyaluti kesemua bahagian kek. Boleh ratakan dengan spatula.

Hiasa permukaan kek mengikut kreativiti...

Post a Comment

12 Comments