#Cabaran20Hari Bajet Raya

Raya tahun 2013
Bakar Lemang Di Rumah Mak Mentua
Gear Sony A290
DSC00503

Tengah fikir bajet tahun ni lemang berapa batang? Heheheheh...

Berapa bajet raya yang anda peruntukan setiap kali raya?
Bajet bagi saya dalam merancang perbelanjaan apa pun sangat penting. Dengan adanya bajet, perbelanjaan dapat dikawal dan hanya barang yang sepatutnya sahaja dibeli dan tak berlakunya pembaziran.

Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa nak baik (boleh dikatakan) ni sememangnya kita kena belajar untuk belanja within budget. Kalau kita mampu peruntukan dalam RM300 untuk membeli bahan makanan raya, maka usahakanlah untuk membeli dalam lingkungan harga itu sahaja. Nak cukup ke tak itu terpulang pada daya usaha kita dan kreatifnya kita dalam berjimat cermat. Kena pandai lah cari pasaraya atau tempat yang ada offer dan diskaun.

Bajet raya saya saban tahun tak la banyak mana. Saya cuba juga berjimat sebaik mungkin. Duit lebihan boleh guna buat sedekah duit raya kepada budak-budak masa raya.

Cuma bila dah ada 2 keluarga (keluarga sendiri dan keluarga mentua) jadi perbelanjaan makin bertambah. Duit raya kepada emak dan adik, juga kepada emak mertua kena lah sama adil. Begitu juga kuih raya, kerepek dan sebagainya kenalah juga sama adil. Jadi setiap tahun saya dan suami akan peruntukan duit  dari poket masing-masing sejumlah wang untuk keluarga kami. Jadi walaupun ada 2 keluarga, tak lah rasa terbeban sangat kan.

Post a Comment

11 Comments

  1. menarik ni. eh duit raya . untuk kita takda ke ? hehehee gurau je akak , jangan maree~~

    ReplyDelete
  2. bestnyer bakar lemang...
    Seumur hidup x penah pun buat..hihi

    ReplyDelete
  3. nak duit raya eny! harap ada bajet duit raya juga ya untuk EFG!!!

    ReplyDelete
  4. bajet untuk makanan memang lebih..
    ketupat, rendang, lemang, sambal sotong, ayam masak merah, nasi tomato, kuah lodeh, sambal kacang... tu belum masuk bajet untuk biskut raya, kerepek raya, duit raya..

    ok pengsan.... :p

    ReplyDelete
  5. stok lemangnya banyak banget mba hehehe

    ReplyDelete
  6. Nak lemang ngan rendang... :)

    ReplyDelete
  7. First time jejak ke blog ni sebab dah ramai share resepi nasi arab terpaling simple kat fb.
    blog saya http://intandayani.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Tak bagi duit kerang nanti orang kaata apa pula kan. Dah jadi tradisi

    ReplyDelete
  9. dapat sebatang lemang pun dah bersyukur,.. hehe

    ReplyDelete
  10. Ayoooo kak eny tunjuk lemang pulak dah. Haishhh

    ReplyDelete