Gulai Nenas Ikan Talang Masin

Hai semua, salam 4 Ramadhan..

Dah lama tak rasa gulai nenas dan ikan talang masin tumis darat ni. Sedapnya dimakan dengan nasi panas-panas. Kalau masak gulai nenas ni, cukup lah lauk ni sahaja. Kalau ada pun nak ditambah, hanya ikan pelata goreng garing  yang sedap jika digandingkan bersama.  Gulai ni macam kari nenas je. Cuma diutara di kari dipanggil gulai hehe...

Ikan talang masin ni macam biasa dibeli di Tanjung Dawai, Yan Kedah. Selalu kalau dibuat kari atau gulai pakai yang bahagian tulang dan kepala memang sedap rasanya. Lebih strong aromanya berbanding jika pakai bahagian isinya. Boleh juga kalau yang tak makan ikan talang tu digantikan dengan ikan kurau. Ikan sepat kering pun sedap juga dibuat gulai nenas ni!

Kalau dah tak ada idea nak masak berbuka esok, bolehla cuba gulai nenas ikan talang ni ye :)


P6113765ed

Gulai ni pula dibuat tumis darat. Memang bertambah sedapnya. Kalu tak nak tumis pun ok je. Boleh la kurangkan sikit pengunnaan minyak dalam kuah tu kan..

P6113773ed

Resepi Gulai Nenas Ikan Talang Tumis Darat

Bahan :
Ikan talang masin bahagian kepala, tulang dan isi. -rendam sekejap untuk kurangkan masin
1/2 biji nenas - dipotong kiub
300 ml santan
2 bungkus kecil rempah kari daging / udang
1-2 cawan air

Bahan tumis darat
3 ulas bawang putih
4 ulas bawnag merah
1/2 sudu biji sawi
8-10 helai daun kari
4 sudu besar minyak

Cara :
Dalam periuk, masukkan tulang ikan talang dan kepala bersama serbuk rempah kari dan air secukupnya. Rebus seketika supaya rempah masak dan sehingga tulang dan kepala ikan lembut.

Masukkan nenas dan isi ikan talang. Masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau rata. Masak lagi hingga mendidih dan kuah menjadi mesra. Rasakan garam. Hati hati kerana ikan masin tu ada ada garamnya sendiri.

Tumis bahan tumis darat didalam kuali yang berasingan bersama sedikit minyak. Tumis sehingga garing dan wangi.

Tuang bahan tumisan kedalam periuk kari tadi. Minyak tumis jangan dimasukkan semua.

Kacau rata dan tutup periuk rapat supaya bau tumis meresap kedalam kuah.

Lepas seketika bolehla dihidangkan.


Post a Comment

5 Comments

  1. hmmm...nmpk sedap tu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum eny...sedap ni kalau buat menu berbuka...:)

    ReplyDelete
  3. my faves. nyum2. thanks for sharing. tau makan je tak tau masak! hehe

    ReplyDelete
  4. salam kenal
    walau saya seorang pria tapi resepnya nanti saya kan coba dengan beberapa vareasi ala saya, semoga berhasil

    webblog saya https://jabrig21.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. eny..tumpang tgk resepi.tetibe teringin gulai ikan masin..

    ReplyDelete