Nasi Arab Paling Simple!

P3061061ed22

Teringin nak makan nasi arab. Yang ada dalam peti sejuk cuma ayam. hehehe

Ramai ada orang cakap nak buat nasi arab ni sangat lah renyah. Memang pun kan. Sebab tu kebanyakan nasi arab dijual dengan harga RM20 ke atas bagi setiap set.

Dan kalau yang nak mudah ada dijual rempah khas nasi arab. Lagi senang nak buat kerja kan.
Saya ubahsuai sikit resepi ni mengikut bahan apa yang ada dirumah. Memang tak ada rempah nasi arab (tak pernah terfikir nak beli pun hehe).  Beras pun pakai beras siam biasa je hehehe..

Jadi  resepi nasi arab versi saya yang simple sehabis simple. Semestinya bukanlah original nasi arab ye. Kalau nak original belilah rempah nasi arab atau tak pun order je dari kedai :D. Orang kata buat untuk makan-makan sendiri boleh la kan :)

Makan dengan cili muda, bawang, salad atau salsa tomato dan sup kosong. Sedap!

P3061069ed

P3061058ed

Resepi Nasi Arab

Bahan-bahan untuk Nasi
3 sudu besar rempah sup (jenis serbuk) – sebab rempah sup ni ada jintan manis, jintan putih cengkih, lada hitam, ketumbar dan buah pelaga. Semua ni adalah bahan asas nasi arab. Jadi pakai je lah rempah sup pun dh memadai. :D
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi - boleh gantikan dengan butter
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras basmathi – saya pakai beras siam biasa je :D
8 cawan air rebusan ayam / stok ayam  - ni ikut orang lah, kadang sukatan air nasi kita ikut periuk kita dan beras apa kita guna kan :D
Pewarna kuning atau oren
Cili hijau / cili merah muda
2-3 Bawang besar dibelah 4

Bahan kisar (untuk tumis nasi dan perap ayam panggang)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3- 4 inci halia
Kisar sehingga halus dan bahagi 2 bahagian, satu untuk tumis nasi dan satu untuk dibuat perap ayam panggang. Lebihkan sikit untuk bahagian tumis nasi tu :D

Cara masak nasi (menggunakan rice cooker biasa) :
Cuci beras dan tapis airnya.
Dalam kuali kecil, panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis bahan bahan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar. Masukkan juga rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga naik baunya. Padamkan api

20150306_132231

20150306_133316

 Pindahkan bahan tumis tadi kedalam rice cooker. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan tutup periuk. Tekan  "COOK" Biar mendidih. Kemudian masukkan beras yang dicuci tadi. Tutup dan biar nasi masak seperti biasa.

20150306_133455

 Apabila nasi masak, buka tudung, dan titik kan pewarna oren di atas nasi beberapa bahagian. Masukkan daun sup diatas tu dan tutup balik tudung periuk. Biar rice cooker dalam keadaan warm.

20150306_140753

Bila nak hidangkan nasi, karih nasi dengan senduk dan warna tadi akan bercampur campur jadi cantik je nasi tu :)

P3061064ed

Bahan Ayam Panggang
1 ekor ayam sederhana size
3 inci halia
3 sudu besar rempah sup
2-3 sudu kecil serbuk cili jenis halus
Sedikit lada hitam
1 sudu kecil kunyit serbuk
3 sudu besar yogurt - optional tak pakai pun ok
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit butter dicairkan.
Bahan kisaran diatas

Campur semua bahan dan gaul rata. Jika kering tambah sedikit air.
Lumurkan pada badan ayam dan perap selama beberapa jam sebelum dipanggang.
Masa panggang sekali sekala sapu butter cair  pada ayam supaya kulit ayam nampak garing dan cantik.

Bahan Salsa Tomato
7-8 biji tomato. Dipotong dadu kecil kecil. Sebiji dikisar halus.
1 ulas bawang besar
1 biji cili merah – buang biji dan potong dadu kecil
3 biji cili padi – potong halus
3-4 sudu perahan lemon – boleh gantikan dengan cuka
1-2 sudu besar gula
Sedikit garam

Campur semua bahan gaul rata dan siap. Rasakan manis dan masam tu pandai-pandailah adjust sendiri ya. Macam buat acar jelatah timun




Post a Comment

32 Comments

  1. Jauh tu sampai ke Arab... Kena naik unta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambatlah sampai klu naik unta.. haha

      Delete
    2. 7 bulan 7 hari belum tentu sampai

      Delete
  2. kalau dasar "rajin" macam ai, beli siap je lah rempah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama gak ngan saya qaseh, beli siap lagi senang.. hehe

      Delete
  3. sedapnya nampak nais arab Eny menawan kalbu lah

    ReplyDelete
  4. pandai eny masak.. sedap mata menengok nya

    ReplyDelete
  5. Menariknya Eny. Tak sabar nak buat sendiri. Selama ni tahu makan kat kedai je hihi..

    ReplyDelete
  6. mcm ni di katanya simple..rasanya sejam belum tentu boleh mkn...bila org tak pandai masak bagi komen hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawakla..tp saya sokong tu..
      Tp yg penting..nasi arab eny nampak cantik n sedap sangat..

      Delete
    2. Lawak plak..kikiki..saya sokong tu..tp yg pentingnya nasi arab eny nampak cantik n sedap sgt..rajin betul eny ni..

      Delete
  7. ayannampak menarik dans edap!

    ReplyDelete
  8. ya ALLAH, simple ke ni???? :O saya malas sikit kalau dah complicated masakan dia. hahahhaa...

    lawa la gambar. buat terliur tengok makanan tu :D

    ReplyDelete
  9. kak eny, memang terbaikkk :D

    ReplyDelete
  10. ya allah....serius SA tension tgok kekseksian ayam ni Eny oiii.....terus lapar berbunyi perut den....

    ReplyDelete
  11. Assalam eny,
    aduuuuuuuuuuuuuuiiiiiiiiii
    antara semua ni yang paling iols tak leh tahan
    sob3
    naaaaaaaaaaaaaakkkkkkkk

    ReplyDelete
  12. Lepasni bolehla buat sendiri kat rumah. Tak payah makan kat kedai lagi

    ReplyDelete
  13. slm,saya wan zakris tinggal di putrajya
    menjual rempah nasi arab terpantas untuk disediakan

    x perlu tumis,campur beras, pes dan lauk sahaja

    1.nasi mandhy
    2.nasi maqlubah
    3.nasi kabsah

    Harga Rm 18 sekotak siap bersama beras basmati
    sesuai makan untuk 5-7 org
    -wan zack 017-2479884 prefer whatsap

    ps-Cod percuma untuk kawasan berdekatan putrajaya

    ReplyDelete
  14. Alhamdullulah tqvm share resepi mmg sedap, simple and mudah,
    jgn marah saya share resepi eny dlm blog www.angahlin.blogspot.com saya jugak
    lagi2 ibu bekerja mcm saya, ringkas n padat

    ReplyDelete
  15. Slm kak eny..rempj sup utk nasi tu kne ltk ms mn??

    ReplyDelete
  16. Slm kak eny..rempj sup utk nasi tu kne ltk ms mn??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tumis bahan kisar tu, campurkan rempah sup sekali yang dibancuh dengan sedikit air

      Delete
  17. Sedap nampak nasik arab ni....

    ReplyDelete
  18. Terima kasih ye kak nampak sangat sedap, saya banyak kali try resepi nasi arab tapi tak jadi sangat lah, tapi saya ada try satu rempah nasi arab segera mudah je rasa pon sama cam kat kedai. nasiarabexpress.com

    ReplyDelete
  19. simple nasi arab ni nak kena cuba buat la hihihihihi

    ReplyDelete
  20. Anonymous10 July, 2016

    Terima kasih byk2 atas resepi yg simple nie..
    Alhamdulilah jadi dan sedap ...

    ReplyDelete
  21. Sedapnye... Syg mohon cuba ya.. Minta halalkan resepi ni yea

    ReplyDelete
  22. minta nak cuba resepi ye . tq so much sbb share . minta halal ye resepi ni nak guna

    ReplyDelete
  23. Tq eyna..resepi Ni memang paling simple...sukaaaaa sgt.menjadi semua saudara puji sedapp👍

    ReplyDelete
  24. makkk aih ayam dia., kalah resepi dalam web saya ni, by the way.. such inspirational :) terima kasih sudi berkongsi

    ReplyDelete