Pengalaman Menjaga 3 Anak Yatim Piatu

3 anak yatim tu ialah 3 ekor anak kucing. Tadi terbaca entry di blog Deanna Morni di SINI mengenai kucing yang dia jumpa dan kemungkinan kucing tu akan buta. Sedih. Tak mampu nak kata apa. Cuma mampu berdoa agak kucing tu sembuh dan selamat. 

Terus buat saya teringat setahun yang lepas.

Saat saya terima mesej dari adik mengenai ada 6 ekor anak kucing yang kematian ibunya (mungkin dipatuk ular).. saya tak mampu menolaknya. Kawan adik saya tak mampu nak menjaga 6 ekor baby kucing sekaligus maka, dia offer kami pelihara 3 ekor. Tunggang terbalik dan huru-hara lah dunia masa tu. Bayangkan 3 ekor anak kucing yang perlu disusui selang 2-3 jam. Menangis je dalam kotak tu. huhuhu... Masa tu dekat rumah dah ada 2 ekor yang diambil dari rumah kawan husband. Shade dan Grey masa tu baru umur 6 bulan. Diorang ni masa ambil rasanya belum sampai sebulan pun!!

Datang dalam kotak ni, dok menagis je.

Mula-mula ingat kan semua jantan, so bagi nama jantan lah, Yang hidung hitam tu Monique,  Yang muka putih Muezza, dan yang belakang tu Abu Hurairah. Lepas beberapa ketika baru sedar yang semuanya betina!!! kena tukar nama, yang Monique = Monique Zara, Muezza = Princess Muezza, paling sadis, Abu Hurairah = Park Ae Bu.. Tapi pangil Bu je hahahaha. Park Ae Bu tu lah ibu kepada Park Sa-Rang hahaha..


Masa adopt Shade dan Grey, diorang dah berumur 2 bulan, jadi dah boleh makan sendiri, Yang 3 ekor ni, diorang ni makan sendiri dah boleh tapi lebih nak minum susu. Seksa juga nak bagi susu, masing-masing tak sabar nak menyusu, berebut-rebut.

Siap pegang botol susu tu, tak boleh gerak sikit marah! takut sangat orang ambil susu dia!

Bila dah kenyang baru nak main-main. Kalau lapar jangan harap lah nak buat muka bajet comel macam ni hehehe..

Ni cara nak panaskan susu. Kadang-kadang susu ada banyak lebih, sayang nak buang, sejukkan dalam peti sejuk dan esok nak minum, masukkan dalam mug berisi air panas. Pagi-pagi ni lah kerjanya selama 2 bulan.


Paling manja dengan Mak Tok (emak saya). Diorang cam maktok ni dengan kain batik sebab Maktok selalu berkain batik. Ada sekali saya pakai kain batik, tiba-tiba ada yang panjat naik atas riba, ehhh Mommy rupanya... terus lari turun. Mommy kan suka buli depa heeheehee

Tidur pun nak pegang botol susu, jangan lah nak ambil, menangis sesaje kang!

Princess Muezza dengan Abang Ngah Shade kesayangan. Abang Long Grey masa ni memang tak suka budak-budak ni. Bajet dia tu senior berlagak sikit.

 Ape Mommy?? Bila pulak abang sombong, abang malas nak join geng budak-budak sekolah ni. Hilanglah macho!


Sayang sangat Angah Shade dia....

Tak bleh blah tau depa ni... hahahah

Menyusu tu dekat 2 bulan jugak lah.. Botol susu tu tak larat nak beli ganti. Puting susu asyik putus kena gigit hahahah.. Puting takde jual asing. Kena beli satu set botol dan puting (T__T)

Sekarang diorang ni dah berumur lebih satu tahun.. Alhamdulillah membesar bagai juara. Kuat makan, tidur pun kuat, geraknya malas heeheehee..

Monique Zara si hidung hitam. Dia ni jenis kucing tak ada suara kot. Masa kecik ada suara, bila besar sikit eh kenapa jadi bisu. Pernah sekali cari merata tak jumpa-jumpa, risau sebab dia ni dah la tak ada suara, camne lah nak jerit minta tolong. Last-last jumpa tersepit celah katil dengan badan terlentang keatas hahahaha.. diam je terkebil-kebil tak leh gerak sambil mulut kumat-kamit minta tolong tapi tak ada suara keluar hahahahah.. (sila imagine hahaha). Sekarang dah ada improvement sikit, sejak-sejak kenal jantan belakang rumah, dah ada confident nak keluarkan  suara dia tu walaupun macam bunyi dolfin je hahahahaha!!

Park Ae Bu ni dah jadi Ibu sebenarnya.. Tu lah kan dari kecil panggil Bu.. hahahah. Belum sempat pergi ambil shot cegah bunting dia dah terbunting dengan kucing jantan mana ntah. Dapatlah anak 4 ekor, tapiiii... 3 ekor mati tinggal lah si Sa Rang sekor tu.

Ni paling diva. Gebu gebas putih melepak tu yang buat dia perasaan cantik diva meletop. Kesayang Mak Tok. Hari-hari tidor dengan Maktok. Tidor siang dengan Maktok, malam pun dengan Maktok. Kaki jejak tanah time nak berak je. Jantan ajak dating pun tak nak. Nak dengan Mak Tok je, dengan orang lain tak nak! Makanan nak kena top up selalu, tak nak makan makanan yang dah lama terbiar kat luar tu. Kalau malam boleh dia kejutkan maktok dia suruh top up makanan dia bukan sekali, 2-3 kali semalam. Dah tu, tengah-tengah malam makan nak Maktok temankan.. layankan je lah sementara Maktok tak ada cucu betul-betul ni hahahahha..

Ok layan gambar-gambar diorang ni.

Muezza tengah selfie hehehe..



Tunggu jantan belakang rumah dengan gaya penuh seksi...

Princess diva tido macam nih ke?

Kepala senget bajet comel!

Nanti saya cerita pasai kucing yang lain pulak k...

Post a Comment

18 Comments

  1. Comel nyer .... Geram tengok ...

    ReplyDelete
  2. amboi Eny, menariknya kak ana baca, ralit kata orang utara,kisah-kisah yang boleh membuatkan tersenyum sendirian bila dikenangkan kembalikan, Alhamdulillah semoga Eny sekeluarga akan diberikan pahala yang berpanjangan...amin. :)

    ReplyDelete
  3. Comelnye tido pegang botol susu. Ingat entri ni pasal sup kucing ker.. Haahaha

    ReplyDelete
  4. alahaiii...comelnyaa.. nmpak manja sangat! ada jugak kucing terbiar comel kat bawah rumah ni,. tp nak bela agak payah laa yakut penyekkk kena lenyek dengan irine.. tp weolss rajin bg makan depan pintu rumah je.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi makan tu pun dan cukup pemurah..

      Delete
  5. wahhh.. semua comel comel..
    gebu gebas belaka.. syok baca cerita eny ni..
    Sue pun baru nak start bela sekor anak kucing.. baru lahir 3 bulan lepas.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Botol susu tu cute sangat ...

    ReplyDelete
  7. terbaik Eny...suka sikap Eny...semoga dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn doa dari saya juga untuk eny

      Delete
  8. Haha caption win kak! Serious suka baca entry ni.. comel sangat kucing2 tu.. part salah jantina tu kita dah mengilai depan laptop membacanya.. apapun semoga kak Eny sentiasa dimurahkan rezeki, Aamiin ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang pemurah sentiasa dimurahkan rezeki

      Delete