Malang atau Ketentuan?

Hari ni saya ada baca blog-blog hiburan yang share gambar Erma Fatima memegang anak tirnya yang baru lahir. Saya respect Erma yang sanggup berkorban jiwa dan perasaan hanya untuk kegembiraan suaminya. Tak semua perempuan sanggup buat apa yang Erma buat kan?

Apa yang menarik perhatian saya ialah caption Erma mengenai gambar tersebut di instagram beliau...


Saya tahu captionya sekadar menggambarkan kesedihan dirinya yang belum ada rezeki memberikan zuriat sendiri kepada suaminya. Saya faham. Saya sangat mengerti. Apa pun itu hak Erma untuk berkata apa pun. Saya pun respect pandangan dia.

Tetapi jika mengambil kira persepsi MALANG itu, malang juga lah bagi saya dan juga wanita lain yang sudah bertahun tahun kahwin tetapi masih belum dikurniakan rezeki anak. Malangkah kita?

Terpulang masing-masing punya pandangan. Bagi saya, malang atau tak kita adalah insan terpilih. Yang dapat anak pun insan terplih, yang belum dapat anak pun insan terpilih. Allah dan tentukan qada dan qadar kita dan itulah yang menjadi asas hidup kita selama ini. Segalanya ditentukan Nya.

Kalau lah malang nya saya tak dapat memberi zuriat kepada suami saya, tetapi beruntungnya nya saya dikurniakan suami yang penyayang dan sangat memahami dan menerima saya seadanya. Dia bersabar dengan setiap kerenah saya. Beruntung juga saya bila berkahwin dengan suami, saya kenal erti nilai kekeluargaan sebenar. Dapat mak mertua yang sangat sporting, dapat abang dan kakak yang dapat menerima saya seadanya dalam keluarga mereka. Alhamdulillah..

Kalaulah malangnya saya tak dapat zuriat sendiri, tetapi beruntungnya saya dapat menjaga ibu saya dengan baik walaupun tak sempurna. Dapat hantar adik ke Universiti. Dan menjadi tempat bergantung ibu dan adik adik saya setelah ayah tiada. Saya dapat focus diri menjaga family saya. Kalau lah saya ada anak sekarang, mungkin focus saya beralih kepada anak-anak.

Malangkah saya kalau tak ada anak, kerana di saat saya kini berada di Kedah, suami pula di Perak. Kami berPJJ selama hampir 3 tahun, atas komitmen kerja masing-masing. Kami sepakat untuk duduk berjauhan sementara saya habiskan sekolah adik saya, nak jaga emak lagi dan suami juga perlu jaga emak mertua saya di sana. Jadi kami tak kisah tak dapat duduk sebumbung. Dan perancangan Allah tu sememangnya sangat teratur. Dia tahu saya tak mampu nak pikul tanggungjawab membesarkan anak seorang diri berjauhan dari suami pada masa yang sama kena jaga family disini….

Kalau lah malangnya saya tak dapat penyambung warisan, saya masih bersyukur dapat tumpang kasih anak saudara sebelah suami. Sayangkan mereka macam anak –anak sendiri. Harap bila adik-adik dah kawin nanti saya dapat juga tumpang kasih anak sudara sendiri pula kan? Bila pulak lah budak-budak tu nak kawin :D

Saya tak anggap diri saya malang. Saya anggap saya insan terpilih untuk merasa semua ini. Tak semua dapat merasai pengalaman melahirkan anak dan membesarkan anak. Tak semua juga orang dapat merasai pengalaman tak ada anak. Walaupun sedih kadang-kadang, tapi saya cuba berfikir baik, mugkin ilmu belum cukup di dada, mungkin duit belum cukup, mungkin kerja belum stabil, macam mana nak mencorak kan perjalanan hidup satu nyawa kalau hidup masih terumbang ambing.

Biar lah kalau ada kawan-kawan yang mengeji, cakap itu dan ini. Diorang nak cakap itu dan ini, boleh kah bagi saya anak? Nak sedih pun dah malas. Kadang-kadang ada yang perli di facebook.. "upload gambar anak lebih baik dari upload gambar kucing". Tak faham betul……

Berbalik kepada Erma Fatima, dia ambil anak angkat dan menjaga setiap anak angkatnya sebaik mungkin dengan sempurna seperti anak sendiri. Mugkin yang ada anak sendiri tak boleh melakukan sedemikian kepada anak mereka sepertimana Erma melakukanya. Malah saya rasa kebanyakan dari pasangan yang "Childless" akan ambil keputusan untuk ambil anak angkat. Ada di kalangan yang ibu bapa tidak mampu, ada anak terbuang, ada anak yatim piatu. Kehadiran pasangan Childless ni lah yang akan memberi sinar harapan kepada anak-anak tersebut. Jadi adakah golongan childless ni Malang?

Biar orang label kita malang, tapi jangan diri sendiri yang melabel diri sendiri malang. Anggaplah Allah pilih kita merasai semua ini. Bukan semua orang dapat melaluinya. Bukan semua orang dapat merasainya. Alhamdulillah. Di sebalik apa yang dikatakan MALANG itu, tersembunyi HIKMAH dari Nya.... Nikmat apakah yang nak kita dusta lagi?

Nukilan
Eny Abdullah

Post a Comment

30 Comments

  1. susah nak cakap tapi anak yg baik bukanlah semata2 dari perkahwinan yg awal atau dilahirkan dari zuriat sendiri. Kita selalu baca yg bukan semua anak kandung bersikap baik dengan orang tua sendiri dan kisah anak2 angkat yg sangat baik menjaga org tua dimasa tua... ketentuan yg selalu di canai dalam masyarakat melayu sedang di uji hebat bilamana anak yg disanjung disayang lah yg selalunya menhancurkan perasaan... tiada anak tak bermaksud bahagia, ada anak belum tentu akan bahagia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg najib ckp pon betoi. takda anak x brmaksud x bahagia. byk faktor lain kita kena pndang.
      Allah tau segalanya. mana yg perlu Dia akan bagi dulu. inshaAllah moga2 makin murah rezeki kak eny ;)

      Delete
    2. xsemestinya xdak rezeki anak tu malang ..insyllah sekarang dah mcm2 ubat ada jual..boleh try secara kampung..try tgk moga ada rezeki mn kita nak tahu semuanya kuasa allah swt

      Delete
    3. Iman tidak akan dapat diwarisi..

      Delete
  2. Eny, nasib seseorang di atas muka bumi Allah ini berlainan antara satu sama lain, rezeki yang Allah kurniakan dalam pelbagai bentuk, malang bagi si A namun Allah gantikan kebaikan buatnya, bersangka baik sentiasa dengan ketentuanNya.Orang yg punya zuriat yang ramai tidak juga menjanjikan kebahagiaan rumahtangganya akan berkekalan.Yang baik semua dariNya Eny..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ana setuju apa yg anajingga katakan..akan ada corak kehidupan dunia semua allah dh tentukan..

      Delete
    2. setiap suatu yang berlaku ada hikmahnya..

      Delete
  3. percaya rezeki tu ketentuan Allah.. kenapa nak berasa malang jika tak punya zuriat?? betul eny cakap... nikmat apa lagi yg hendak didustakan.. sedangkan setiap hela nafas kitapon itu adalah rezeki Allah, wajib kita syukuri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahmdullilah syurkur sangat2 jom kita sama-sama berzikir.yoorin

      Delete
  4. Tu semua rezeki kn Kak Eny.. Tapi kalau nak cuba set bersalin shaklee pon ape salahnya.. Hahahaha.. Tibe-tibe terpromot kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa papaglamzz terbaik la..sambil2 kan ..

      Delete
  5. ya betoi. Ana ni umur dah 28. belum berjodoh. orang keliling dok soal bila nk kawen tu xyah ceritala. yg kata memilih pon ada. mcm2 lah. tp Ana dok pikiaq positif & muhasabahkan diri balik la. nasihat diri sendiri bahawa segala yg jadi ni bukan saja2. mesti Allah ada sebab bagi smua ni jadi. Ana pon jenis fmly bergantung harap pada Ana sbb mak ayah x berapa sihat sgt. Takpelah org lain nak kata apa kan kak eny, kita muhasabah je & terus sabar & doa byk2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betoi. DOA & MUHASABAH byk2. inshaAllah lapadang dada =D

      Delete
    2. anamizu ni sebaya adik ana la ni..hihii tp dia tak mau kawin lg sebab tak sampai target dia lg dlm dunia berniaga katanya..sabar jer la..

      Delete
  6. insyallah, jika kita bersedia Allah pasti beri.. mungkin ada sebab kenapa belum di kurniakan anak lagi.. think positif.. Jika tiada rezeki di dunia, pasti di syurga menanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar insyaallah allah pasti akan bagi jua

      Delete
  7. betul tu...
    saya kagum sebab awak berfikiran macam tu... tabah. Lagipun rezeki Allah untuk umatnya berbeza2. :) Siapalah kita nak mempertikaikan nya

    ReplyDelete
  8. anak itu anugerah Allah kepada kita.Kalau tak berpeluang,bukan bererti kita bernasib malang.Peluang mengambil anak yatim sebagai anak angkat terbuka luas dan itu adalah tiket paling mudah ke syurga.Jaga dan belailah mereka seperti anak sendiri.Pahalanya berlipat ganda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak bukan senang nak dapat seorang anak..membawa 9bulan ke sana ke sini

      Delete
    2. haah betoi2 9 bulan bkn senang. tidoq -- berak apa segala semua kena usung perut. bukan mudah :")

      Delete
    3. lagi2 ana time nak sampai waktu bersalin kadang2 kalau ada masalah kena la bersalin bedah perutt aduhh kak ana dah rasa normal n bedahh..seksa ooo

      Delete
  9. betul tu cik salmiah awang...

    ReplyDelete
  10. sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah.. setiap suatu itu ada hikmahnya.. yang penting redha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..bersyukur dgn apa yg allah dh bagi..

      Delete
  11. Bagi kita, MALANG bukan perkataan yang sesuai sebenarnya.. kita cuma BUKAN BERNASIB BAIK je.. tapi Allah berikan kelebihan dari sudut lain.. macam kak Erma, beliau diberi karier yang sangat diminati ramai.. tapi Allah berikan kekurangan dari sudut zuriat.. macam kak Eny, mungkin sekarang masih belum ada rezeki untuk mendapat cahayamata tapi Allah kurniakan pelbagai bakat untuk kak Eny tonjolkan.. tak semua orang pandai masak dan boleh masak tau :D

    Macam saya juga, dilahirkan dengan kecacatan fizikal bukanlah bermakna saya MALANG.. ditakdirkan tidak boleh berjalan kaki sejak lahir hingga kini (baru 21 tahun :D ) bukanlah alasan untuk saya rasa sedih.. saya yakin Allah beri kelebihan yang lain pula.. takpe kita yakin ada syurga neraka.. dunia bukan tempat untuk kita kaut semua yang manusia diluar sana ada, dunia ni cuma mata ganjaran untuk kita redeem kat akhirat nanti :) kemain serius kita komen hehehe..

    ReplyDelete