Breakfast Bubur Nasi Dan Resepi Terung Bercili Udang Kering

Hi morning. Pagi ni sakit tekak, batuk. Makan bubur je lah. Tapi mana boleh makan bubur kosong je, kena ada bahan yang cukup jugak hehehe....

DSC09130

DSC09139

Terung goreng bercili  bersama udang kering ni sedap dimakan bersama bubur nasi.
DSC05366

Resepi Terung Goreng Bercili Bersama Udang Kering 

Bahan-bahan : 
1-2 biji terung - dipotong dadu kecil - sebab nak makan dengan bubur. Boleh jugak potong besar-besar.
1 gengam udang kering tanpa kulit - di rendam terlebih dahulu. 
10 tangkai cili kering - direndam air panas dan ditoskan
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit daun bawang
sedikit sos tiram
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
Cili kering yang direndam ditumbuk bersama udang kering, bawang merah dan bawang putih.
Terung digoreng dalam minyak sehingga lembut dan masak. Angkat dan toskan minyak.
Tinggalkan sedikit sahaja minyak menggoreng terung tadi dalam kuali. Anggaran 2-3 sudu makan sahaja.
Tumis bahan tumbuk sehingga garing dan wangi.
Masukkan sos tiram dan terung yang dah digoreng tadi.
kacau rata dan tutup api.


Post a Comment

22 Comments

  1. Ni favourite ay yg dah lama x makan..bubur nasi mmg syok makan dengan sambil terung cili padi.letak kicap dan black pepper skit.ermmm mmh terangkat habes

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh.. mendengarnya pun rasa dah terangkat nih

      Delete
  2. err ana x pndai makan terung la pulak. tp adik ana mmg suka gila terung goreng. nti ana nk try lah mskkan utk dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terung kalau pandai pilih bila digoreng sangat manis

      Delete
  3. X tau nk komen ape.. Tp mmg sedap.. Hahahhahah

    ReplyDelete
  4. terung tu sedapppp.. i loike..!!!

    ReplyDelete
  5. my favourite ni....saya suka makan nasi ulam terung bakar..manis je

    ReplyDelete
  6. aah.. sedap jugakkk heheheh

    ReplyDelete
  7. kena pandai pilih jenis terung.. salah pilih.. pahit

    ReplyDelete
  8. pekena bubur dengan telur masin pun sedap

    ReplyDelete
  9. kangkung goreng belacan makan dengan bubur sedap jugak

    ReplyDelete
  10. tambah lobak masin pun sedap jugak

    ReplyDelete
  11. Alahai sedapnya.. bubur panas kalau tuang kicap dengan ikan bilis pun sedap :D

    ReplyDelete