Sandwich Kebab

Untuk resepi  Kebab Simple Menggunakan Roti Pita, KLIK SINI

DSC_2708

Nak buat kebab tapiiii… rotinya kebabnya tak ada. Pakai je lah roti biasa tu pun boleh je. Inti kebab ni saya teringat dulu-dulu disekolah ada cikgu yang jual kat murid-murid roti kebab inti daging burger yang dimasak dengan sayur seperti timun, tomato dan mix veggie instant yang ada carrot, kacang peas dan jagung tu. Rasa kebab ckgu tu manis manis seperti diletak sos cili dan kicap. Sedapnyaa.. teringin nak rasa kebab cikgu tu lagi. So saya cuba olah resepi sendiri dari pengalaman menikmati kebab masa sekolah dulu. Tapi resepi asal pakai roti pita atau yang biasa kita guna untuk buat kebab. Pakai roti biasa ni pun ok je ;)

Cara saya buat sandwich kebab ni, bakar dulu roti jika suka, sapukan mayonis kedua belah roti, letak inti kebab dilapisi dengan daun salad dan tomato. Masa nak makan perah sedikit lemon... nyummm sedapppppp!!

Resepi di bawah ye.

DSC_2717


DSC_2685

Resepi Sandwich Kebab

Bahan-Bahan :
Beberapa keeping daging Burger Ramly  atau Ayamas – beli yang berjenama sedap sikit ;) – Kalau nak pakai daging fresh better pakai daging hancur (minced beef)
Sos tiram, sos tomato, dan sos cili – main tuang ikut suka hati je maybe dalam anggaran 2-3 sudu utk setiap jenis sos, secukup rasa lah ye
Sedikit kicap manis - nak warna sedikit gelap
Sedikit lada sulah
Bawang putih diketuk atau dicincang
Bawang besar dipotong dadu
Timun jepun dipotong dadu
Tomato dipotong dadu
Cili capsicum hijau dipotong dadu
Boleh juga pakai frozen mix veggies. Terpulang lah nak pakai sayur apa pun ;)

Cara-cara :
Tumis sedikit je minyak, masukkan bawang putih diketuk. Masukkan daging burger yang dipotong dadu kecil-kecil. Daging burger ni banyak lemak dan minyak, jadi guna sikit minyak pun dah cukup. Goreng sebentar sehingga daging masak sambil-sambil hancurkan lagi daging tu dalam kuali menggunakan sudip. Kalau hancur senang sikit nak isi dalam roti nanti. Masukkan lada sulah.

 Apabila daging dah lembut, garing dan masak elok, tuang kan sos dan kicap secukupnya. Tuang juga sedikit air. Fungsi air tu supaya daging kebab tu menyerap rasa sos-sos yang kita masuk tadi disamping melembutkan daging yang digoreng tadi. Rasanya mesti manis –manis sikit okay. Masukkan garam jika perlu.

Masukkan sayur-sayuran dan bawang besar yang telah dipotong. Goreng seketika sehingga sayur masak dan tetapi masih rangup (jangan terlebih masak sayur tu). Boleh lah dihidangkan sebagai inti sandwich, atau inti didalam roti pita.


P/s : Kalau anak-anak tak suka sayur, boleh potong kecik-kecik sampai dia tak boleh beza yang mana sayur dan yang mana daging hihihi… cakap macam kita dah anak ;)

Untuk resepi  Kebab Simple Menggunakan Roti Pita, KLIK SINI

Post a Comment

38 Comments

  1. Jom join pencarian bloglist.
    Mudah sangat syaratnya .
    Jangan buang masa . Jom ..

    http://faris-ris.blogspot.com/2014/11/segmen-pencarian-bloglist-november.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat bersegmen faris.. moga mendapat sambutan

      Delete
  2. Nampak sangat sedappppp!

    ReplyDelete
  3. Assalam...
    Rasa macam nak buat jugaklah...terima kasih berkongsi...

    Salam ukhuwah dari Bunda..

    ReplyDelete
  4. Eny, saya nak cuba buat resepi ni untuk makan malam hari ni. Memang sedap.... senang pula tu.

    ReplyDelete
  5. Terbayang plak kebab ni dimakan dengan roti pita especially masa waktu hujan..pastu letak mayonis dan cili banyak2.memang layan laaa.minum plak dengan teh atau nescafee.aduhhh layannnn

    SELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. hui hui tudia aih. ni imaginasi tahap tinggi ni.
      sempoi mkn pulak dgn milo suam ke adehh =P

      Delete
    2. haha... itu lah yg saya bayangkan...
      (ni tengah hujan renyai memang duk dalam rumah je la)

      Delete
    3. jangan bayangkan lagi.. jom buat

      Delete
  6. Betul2 @syira.. mahujan ni skan time hujan ni memg layan.. hihiiii.. resepi pon sng.. cmpak2 jer..

    ReplyDelete
  7. nyam..nyam..saya nak cuba resepi ni untuk anak2

    ReplyDelete
  8. ish3 dok telioq sesaja tgk segala resepi kak eny bagi hehe
    dok trbyg pulak kebab roti pita kt psr mlm. heshh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni adik2 ana dok merengek mintak buat sandwich kebab camni.
      nak yg sebijik mcm kat blog kak eny tu katanya.
      jenuhla. tu la ana gatai dok tnjuk blog kak eny kat depa hahaha

      Delete
    2. buat jangan tak buat ana... :)

      Delete
    3. kongsi kongsikan hasilnya

      Delete
  9. WOW, INI YUMMY,
    Shad blogwalking sini, Jemput singgah
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/12/jom-aktifkan-mykad.html

    ReplyDelete
  10. brand ramly n ayamas memang jadi pilihan setiap kali nak beli frozen daging burger. kalau dapat sosej ayamas yg ada keju kat dalam tu. pergh

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang kat kluang nak dapat jenama ramly macam susah sikit

      Delete
    2. dah kurang jualan agaknya. T_T tapi memang cepat habis pun kann. gerai burger pun banyak guna ramly

      Delete
  11. saya lagi vote roti prita. terasa keaslian di situ berbanding roti sandwich. hehehheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dah tak jadi sandwich.. tu original kebab.. hehehe

      Delete
  12. nampak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  13. Dap dap dap. Inti kebab tu betul2 memancing selera. Silap2 boleh ratah macam tu je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terpancing ikan.., opsss selera

      Delete
  14. mcm sandwich kan...tp ni namanya kebab intipun lain..pasti sedap..huhuhu..tak pernah merasa lagi makanan nama kebab ni

    ReplyDelete
  15. Nanti kalau lapar boleh la buat macamni.. tapi kalau dah kebuloq sangat makan roti kosong je terus pun takpe xD

    ReplyDelete