Raya Haji 2014

Raya Haji 2014 di Kg. Piandang Lama, Siputeh Perak. Lambat sikit update story ni sebab busy!


Tahun ni raya haji turn sebelah suami, my DH kat Perak. Mak mentua masakkan ketupat palas pulut. Kalau di sebelah Kedah, mak I selalu buatkan ketupat palas, pulutnya dimasak dengan santan separuh masak, kemudian dipadat dan ditekan tekan , dibungkus dengan daun palas 3 segi bentuknya dan direbus atau dikukus sehingga pulut masak. Pulutnya agak pejal dan kenyal.




Berlainan dengan ketupat pulut daun palas emak mentua. Mula-mula sediakan sarung ketupat anyam dari daun kelapa. Kemudian masukkan beras pulut kedalam sarung tadi. Kemudian direbus di dalam santan sehinggalah santan kering dan pulut masak. Rasanya macam pulut bersantan, Cuma ada aroma daun kelapa, dan pulutnya tak berapa padat seperti ketupat palas. Feww panjang lebar explanantion :D



Di Kg. piandang ni juga setiap kali raya dihidangkan dengan kuih Gelamai. Kuih ni dimasak seperti lemang didalam buluh, tetapi buluh yang digunakan lebih kecil dari buluh lemang. Ianya diperbuat dari tepung, gula merah dan mungkin ada santan, main hentam je ni sebab lupa tanya mak mentua resepi dia.  Rasa macam apam gula merah sedikit. Cara masak, semasa mula2 bakar hendaklah menggunakan api kuat sehinggalah adunan tepung  dalam kembang naik ke atas.

I request nak masak nasi daging hari tu... mihmih mcm terrer!




Macam biasa raya haji mesti ada korban, dan menu sup tulang mesti ada.



Droooling balikkk!! 

Post a Comment

49 Comments

  1. aduhai terliurnye tengok sup tulang tu..bestkan time raya ni..makanan memang mcm2 kite nak masak and makan..hehe

    www.naturalhealthyandbeauty.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah.. dah menitis air liur nih

      Delete
    2. sup gear box tu aduhh tak tahann tgk

      Delete
    3. raya.. semua makanan nak dicuba..

      Delete
  2. mak ana pon biasa buat ketupat palas je. ketupat 4 segi tu x pandai anyam hehe.
    haduii nasik daging+sup tulang pulak. lapaqqqqnya aihhhh =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kita belajar agar warisan tak pupus

      Delete
    2. tu la ana ..org kedah rasa pelik kalau mkn ketupat daun nyiourr

      Delete
    3. kat malaysia nih ada banyak variasi ketupat

      Delete
  3. terbaikk laa.. rupe raya pose tu..

    ReplyDelete
  4. raya haji kat Czech ni, kalau kat masjid, banyak makanan arab, biskut, pizza etc.

    saja nak share, orang arab ni apa yg sy perhatikan, diorg tak gemar sgt nasi putih kosong. kalau boleh mesti ada something dalam nya, mcm nasi minyak ke, nasi goreng ke, nasi yg penuh kismis.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah hebat betul raya diperantauan

      Delete
    2. pengalaman beraya di tempat org tak samakn beraya di tempat sendiri kann

      Delete
    3. makanan kita sekarang nih pun banyak pengaruh arab

      Delete
  5. Sedap supppp, dapat plak gear box nyer ...

    ReplyDelete
  6. Kuih Gelamai, kali pertama dengaq.. nanti leh cuba buat nih..
    ketupat palas memang menu wajib time raya + kuah kari daging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon 1st time dengaq kuih Gelamai hehe

      Delete
    2. saya pun baru dengar nih

      Delete
    3. kalau kat belah umah mertua suka buat kuih ni..bakar sekali dgn lemang kan eny..betui dakk

      Delete
    4. kongsi-kongsikan resepinya

      Delete
  7. ketupat palas kedah jugak terbaik! hahahhahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. jyeahhh~ ketupat palas 3 segi sempoi kalimantoi! hahaha

      Delete
    2. tak pernah rasa.. nak cuba juga

      Delete
    3. hahha ana akak nak ketawa la bolehh dak sempoi kalimantoi kikii kena turun kedah la azman

      Delete
    4. kongsi-kongsikan le cara membuatnya

      Delete
  8. selamat hari raya.. walaupun raya dah habis

    ReplyDelete
  9. menu tradisi memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu tradisi setiap negeri terbaik

      Delete
    2. tradisi berbeza.. punyai nilai yang sama... tak ternilai.. hehehehe

      Delete
  10. indahnya masakan tradisi.. ketupat pun ada macam variasi

    ReplyDelete
  11. banyak variasi maka banyaklah pilihan

    ReplyDelete
  12. kalau kedah ketupat pulut hitam pun sedap lg satu ketupat letak kacang sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat kompilasi nih.. jenis-jenis ketupat malaysia

      Delete
  13. Baru tahu ada kewujudan kuih Gelamai.. at first baca GEMALAI tadi, hehe.. semua nampak menyelerakan! :D

    ReplyDelete