Daging Merah Ros

Resepi yang simple ni dapat dari kedai makanan Thai. Simple dan mudah. Rasa dia pun sedap.

  DSC09857

DSC_2520

Daging Merah Ros
Bahan Perap
500gm daging lembu dipotong sederhana besar tetapi nipis
Pewarna merah sirap rose  - kuantiti cukup memerahkan daging sahaja
1 sudu kecil Serbuk lada sulah
2 Sudu besar sos Ikan - boleh digantikan dengan garam atau kicap cair
2 Sudu besar sos tiram
1 Sudu besar sos cili
Halia muda yang diparut kasar
Bawang putih dicincang

Bahan lain :
Sedikit minyak untuk menumis
Bawang putih dicincang
Cili padi diketuk
2 bawang besar - dipotong tebal dan besar.
3 batang daun bawang dipotong 
Tomalo dibelah 
Boleh juga masuk sayuran lain seperti kacang panjang, brocoli, kubis bunga dan carrot

Perap daging bersama  bahan perapan semalaman atau at least 3-4 jam.
DSC_2484

DSC_2493

Panaskan minyak. tumis bawang putih dan cili padi yang diketuk. Kemudian masukkan daging, dan biar daging masak dengan menutup kuali. Boleh tambah air jika kering sangat. Sekala sekala dikacau.. Boleh tambah pewarna rose lagi kalau daging nampak pucat.

Masukkan garam secukup rasa. Apabila daging masak, masukkan bawang besar dipotong dadu dan biarkan layu sedikit. Akhir sekali masukkan daun bawang, tomato atau sayur sayuran yang dipotong. Kacau seketika dan angkat. 


Post a Comment

40 Comments

  1. uish... buat kita lapar je malam2 ni.. hahahaa

    ReplyDelete
  2. ohhh..! baru tau rahsia daging merah tu.. baik nye kedai thai tu share recepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni kedai semua boleh tutup.. rahsia dah terbongkar

      Delete
  3. ooo baru taw camna kedai siam masak daging merah ni.

    ReplyDelete
  4. lahhh, dia letak sirap rose ja la ni.. hehehe..
    ok, set, tengah hari ni nak try masak daging merah ros ni... tq kak share resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan, ingatkan letak apa yg jd merah tu. rupanya sirap rose aja ?! =_=

      Delete
    2. rahsia sudah terbongkar

      Delete
  5. camna boleh dapat resepi ni. hahahaha. memang terbaik. ini lah yg kami dok cari-cari ^_^

    ReplyDelete
  6. hm... saya tak selera sgt kalau warna dia merah sgt... ilusi macam daging tak masak... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ilusi mcm daging x masak

      Delete
    2. kasi pakai perisa warna lain pulak.. pakai oren pulak.. jadi daging oren limau hehehe

      Delete
  7. boleh kan kalau tambah kicap bagi warna gelap or skip pewarna merah tu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dah daging masak kicap.. hehehe

      Delete
  8. tengok gambar pun dah tahu sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi3 dah tau konfem sedap hehe

      Delete
    2. tak sabar rasanya cuba resepi nih

      Delete
  9. senang aje buatnya rupanya.. ingatkan susah

    ReplyDelete
  10. lepas nih restoran boleh tutup kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak eny pulak jd toke kedai hehe

      Delete
    2. kalau eny jadi tokey.. lingkup semua kedai lain

      Delete
  11. Saya kalau masakan Thai ni memang berselera aje...nak cuba buat nanti.
    Thanks, Eny :)

    ReplyDelete
  12. Masuk blog nie mesti rase lapar ...
    Baru jer buat masak lemak cili api ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. di blog inilah orang kenyang menjadi lapor tetiba

      Delete
  13. ooo..rupanya mcm ni nak buat kaler daging tu cengitu erk...

    ReplyDelete
  14. Kira kena masukkan esen ke ni kak? kalau masuk sebotol memang mempengaruhi rasa sekali kan.. nampak sedap sangat.. maklumlah peminat lauk daging :D

    ReplyDelete
  15. Assalam kak eny yana nak ambik resepi ni , mak nak masak esok heheh.
    terima kasih share respi ni

    ReplyDelete
  16. dulu wak punye feveret nasi daging merah nih., skrg xleh atas sbb kesihatan ., huhu2

    #cabarantopcommentator

    ReplyDelete
  17. Salam kak eny, mak yana try buat nih tapi tak jadi merah sgt. mungkin kurang tang sirap tu kot. hihi.nanti try buat lagi.

    ReplyDelete